Monday, December 6, 2010

Tanda Hampirnya Kiamat

Kajian Hadis Rasullulah Tentang Kiamat-Tanda Hampirnya Kiamat.

Kiamat itu pasti! Semakin hari semakin dekat ia menghambat kita. Ya, tiada sesiapa yang tahu dengan tepat bila akan tibanya kiamat kecuali Allah s.w.t yang menciptakan langit dan bumi ini. 2012? Itu hanyalah propaganda Yahudi dan Nasrani yang mahu menyesatkan umat Islam dengan kiamat akan berlaku pada 2012. Mungkin akan terjadi sesuatu pada 2012, tetapi ia bukan kiamat. Jika mengikut Sun Cycle, yang akan berlaku setiap 11 tahun, kita akan mendapati turutan tahun-tahun yang penting kepada dunia. Pertamanya, pada 9/11/1990 (Sun Cycle). Pada tarikh ini, kita telah menyaksikan Presiden US ketika itu iaitu George H.W Bush telah mengumumkan tentang pelan New World Order (NWO) . Dalam ucapannya, dia telah berkata:

"... We stand today at a unique and extraordinary moment. The crisis in the Persian Gulf, as grave as it is, also offers a rare opportunity to move toward an historic period of cooperation. Out of these troubled times, our fifth objective -- a new world order -- can emerge: a new era -- freer from the threat of terror, stronger in the pursuit of justice, and more secure in the quest for peace. ..."

Sumber Ucapan, George Bush Presidential Library And Museum.

Genap 11 tahun selepas itu, iaitu pada Sun Cycle seterusnya(9/11/2001). 2 kapal terbang telah melanggar World Trade Center (WTC) dan seterusnya telah mengorbankan ribuan nyawa manusia. Anda boleh membaca artikel lanjut tentang kaitan Sun Cycle, kenapa perlu WTC dan kaitannya dengan NWO di post saya sebelum ini. Adakah persamaan tarikh 9/11 ini sudah dirancang? Atau ianya sekadar kebetulan yang menakjubkan? Anda tentukan!

1990+11=2001

2001+11=2012
2012?

2012?
Kebetulan atau segalanya sudah dirancang?

Kita tinggalkan tentang 2012 yang akan tiba lagi lebih kurang 2 tahun dari sekarang. Bukan ramalan, hanyalah teori berdasarkan kejadian-kejadian sebelum ini dan pelan-pelan mereka. Mengikut Leo Zagami, pada 2012 Illuminati/Freemason akan melakukan pembunuhan besaran ke atas umat Islam seluruh dunia dan permulaannya pada awal 2010. Dan Obama telah menghantar pasukan tambahan seramai 30, 000 ke Afghanistan baru-baru ini. Mari kita meneliti tentang ayat-ayat Al-Quran tentang hari Kiamat.

'Dan apabila dikatakan (kepada kamu): ` Sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar, dan hari kiamat tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya ', kamu berkata: `Kami tidak mengetahui apa dia hari kiamat itu; kami hanya mengira (kemungkinannya) sebagai sangkaan jua, dan kami tidak sekali-kali meyakininya '.'
Al-Jaathiah 32

(Mereka bukan sahaja mendustakanmu) bahkan mereka juga mendustakan hari kiamat; dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari kiamat itu, api yang menjulang-julang.
Al-Furqaan 11

Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang di dalam kubur.
Al-Hajj 7

Jelas kepada kita Hari Kiamat itu pasti akan datang. Jadi persoalannya bilakah kiamat akan berlaku? Rasullulah s.w.t telah memberi amaran kepada kita tentang kiamat dengan tanda besar dan tanda kecil kiamat. Dan seterusnya terserah kepada kita untuk mengkaji dan meneliti tanda-tandanya ataupun mahu terus berada di dalam khayalan dunia yang fana ini.

Rasulullah s.a.w bersabda:
'Aku diutus adalah bersamaan dengan kiamat seperti dua jariku ini’, dan Beliau mengisyaratkan dengan dikembarkan jari telunjuk dan jari tengahnya.”

'Aku diutus bersamaan dengan kiamat, dan sungguh ia hampir saja mendahuluiku.”

'Masa dunia yang masih baki untuk umatku hanyalah seperti waktu yang baki pada suatu hari apabila solat Asar telah dilaksanakan (antara Asar dengan Maghrib).'
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar dari Mughirah bin Hakim)

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata:
“Telah berkata Ad-Dhahhaq bahawa tanda kiamat yang pertama adalah diutusnya Nabi Muhammad s.a.w dan menjadi hikmah dari kemunculannya tanda kiamat pada masa awal adalah untuk memperingatkan orang yang lalai dan mendorong mereka untuk bertaubat dan bersiap sedia (menghadapi kiamat).”
(Rujuk Fathul Baari, kitab Ar-Raqqaq, juz ke-2).

Allah telah berfirman dalam Surah Al-Qamar, ayat 1.
'Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.'

Apa yang dimaksudkan dengan ayat ini? Masih ingatkah anda dengan mukjizat Nabi Muhammad yang menunjukkan mukjizatnya kepada sebahagian penduduk Mekah tanda kebenaran kerasulannya? Rasulluah s.a.w. mengarahkan jarinya ke bulan dan berdoa, kemudian terbelahlah bulan menjadi dua bahagian sehingga mereka melihat gunung Hira’ antara kedua belahan tersebut, maka Rasulullah s.a.w. berkata kepada mereka: “Bersaksilah kamu (akan kebenaran kerasulanku).”

Sedarlah wahai Umat Islam, kita berada di pengakhiran. Kebanyakan tanda-tanda kecil kiamat sudah berlaku, kita hanya menhitung tanda besar muncul satu persatu. Tetapi ramai antara kita yang masih menafikannya walaupun setelah ditunjukkan bukti-bukti yang jelas dan nyata. Kenapa ini terjadi? Jawapannya mudah sekali, minda mereka masih terpenjara.

Untuk artikel 10 Tanda Besar Kiamat anda boleh Klik Sini! Untuk membacanya. Apa yang mahu saya kongsikan di sini ialah tanda-tanda kecil yang sudah berlaku di sekeliling kita. Tujuan saya menulis artikel ini bukanlah untuk menakutkan anda, tetapi untuk mengajak anda semua berfikir secara lebih mendalam tentang perkara ini dan pada masa yang sama membuat persiapan menghadapi hari-hari mendatang. Permulaan kepada pengakhiran sudah bermula!

Tanda-tanda Dekatnya Kiamat.
1. Kewafatan Rasullulah
2. Penaklukan Baitul Maqdis
3. Wabak Penyakit


Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Hitunglah ada enam peristiwa yang akan terjadi menjelang kiamat, iaitu kematianku, kemudian penaklukan Baitul Maqdis kemudian terjadinya kematian yang disebabkan oleh wabak penyakit yang akan menimpamu seperti penyakit Qu’as yang menimpa kambing.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab Sohehnya dari Anas bin Malik pada “Kitabul Jizyah wa al-Muwa‘idah”, juz 6, dan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tabrani dari Mu’az bin Jabal.).

Berdasarkan hadis Rasullulah di atas, semuanya sudah terjadi pada zaman sekarang. Kewafatan Rasullulah, penaklukan Baitul Maqdis dan wabak penyakit seperti penyakit Qu'as. Penaklukan Baitul Maqdis telah diperintah dan ditakluk oleh Islam dan Kristian selepas kewafatan Rasullulah dan akhirnya ditakluk dan ditawan oleh Zionis sehinggalah sekarang dan mereka sedang melakukan pelan mereka untuk merobohkan Al-Aqsa untuk membina Temple Solomon. Wabak penyakit yang dimaksudkan itu adalah selesema burung dan khinzir yang berlaku sejak kebelakangan ini dan tidak pernah berlaku pada zaman Rasullulah.

4. Zina Bermaharajalela

'Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'
Sahih Muslim

Jika kita lihat situasi zaman sekarang, seks sebelum berkahwin seakan menjadi satu kelaziman dan ia berleluasa di sana-sini. Betapa banyaknya video-video klip rakaman sendiri yang tersebar di internet bak cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir setiap hari ada berita di dada akhbar, bayi dibuang. Bertudung, tidak bertudung semuanya seakan tidak terlepas dari kenyataan perit ini.

5. Bermaharajalela alat muzik

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.'Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab; 'Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita' - Ibnu Majah

Sudah terang lagi bersuluh. Tidak perlu saya ulas lanjut tentang perkara ini kerana saya percaya anda semua sudah cukup biasa. Penyanyi wanita dan alat musik menjadi kebiasaan yang amat sangat.

6. Menghias masjid dan membanggakannya

Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid'
Riwayat Nasai

Tanda ini juga telah terjadi pada zaman sekarang. Masjid dibina bukan bertujuan untuk mendirikan solat kepada Allah tetapi lebih kepada kemegahan dan kebanggaan!

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat

Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia'
Riwayat Thabrani

Tanda ini juga telah lama terjadi. Mustafa kamal Ataturk antaranya yang telah menjatuhkan Khilafah Turki. Pada zaman sekarang pon hal ini terjadi. Tidak perlu diulas panjang kerana anda semua sudah tahu akan perkara ini.

8. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
'Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.'

Adakah hadis ini sesuai menggambarkan keadaan wanita zaman sekarang? Oh, sudah semestinya! Lihat sahaja cara wanita zaman sekarang berpakaian. Anda sedia maklum.

9. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.'
Sahih Muslim

Mungkin ramai antara kita tidak mengetahui tanda ini juga telah berlaku di Arab Saudi. Pernahkah anda mendengar Tabuk di Arab Saudi? Di tengah-tengah gurun telah dibina padang rumput yang hijau. Dan Tabuk ini turut mengeksport bunga-bunga yang ditanam di padang itu ke Mesir. Kawasan gurun menjadi subur dengan padang rumput dan sistem perairan (sungai).

10. Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).'
Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Juga telah lama terjadi di dunia ini. Manusia terlalu leka mengejar kemewahan dunia yang melekakan kita dengan tujuan utama kita hidup di dunia ini. Harta bendalah yang paling penting untuk dikejar, sehingga kita lupa diri.

Ini hanyalah sebahagian dari tanda-tanda kecil kiamat yang telah lama berlaku dan sedang berlaku. Banyak lagi tanda-tanda lain yang akan saya kongsikan. Percayalah, masa kian menghimpit kita ke pengakhiran tanpa kita sedari.

No comments:

Post a Comment