Tuesday, November 30, 2010

Anggak?

Cicak Anggak (dalam bahasa Brunei) atau lebih dikenali sebagai Cicak Tokek, merupakan topik hangat di alam Melayu abad ke 21. Kalau orang Cina dengan Naga-nya, inikan pula orang Melayu dengan Cicak Anggak/Tokek/Gecko atau nama scientific-nya Gecko.

Persoalannya kenapa ia begitu popular sehingga ramai orang memburunya ?

Ini kerana bentuk badannya yang unik iaitu berwarna bintik-bintikan berbanding dengan cicak kebiasaan yang terdapat di dalam rumah. Malahan juga orang yang memburunya adalah kerana harganya yang boleh mencecah ratusan ringgit malahan ada pula hingga beribu-ribu ringgit.

Bayangkan seekor Cicak Gecko yang seberat se-auns atau dua-auns sudah berharga beribu ringgit. Jika sudah sepulah ekor sudah tentu dapat berpuluh ribu ringgit. Hidup sudah tentu senang lenang, tak usah mencari pekerjaan, tak usah belajar tinggi-tinggi ke peringkat universiti. Hanya dengan memburu cicak sudah kaya. Itu tertakhluklah kepada si pembeli.

Dan kenapa pula orang sanggup membelinya ?

Takkan Cicak Gecko nak dibuat sambal belacan, masak kari ataupun ulam-ulaman. Takkan manusia sejagat hilang selera nak makan ayam masak kicap. Ayam sekilo sudah berharga $5 ringgit. Inikan pula cicak Gecko seberat se-auns sudah mencapai beribu ringgit. Jauh bezanya dengan bentuk badan dan hargannya. Namun jika ia bertujuan sebagai binatang peliharaan, saya tidak mengatakan tidak boleh. Ikut haluan masing-masing.

Dikatakan pula Cicak Gecko boleh merawat penyakit HIVs. Betul atau tidak, saya sendiri tidak tahu. Itulah yang saya sendiri terbaca pada blog masa kini. Tetapi persoalannya mengapa para saintis negara barat lambat mengkajinya...? Adakah orang Melayu sudah begitu canggih.? Dimanakah bukti yang menyatakan HIVs kini dapat dirawat..? Adakah ianya satu teknik penipuan dalam perniagaan hanya semata-mata inginkan wang beribu-ribu ringgit..?

Cicak dari segi pandangan Islam.

Dikatakan bahawa membunuh cicak itu mendapat pahala sebagaimana Didalam shahih Muslim, Sunan Abu Daud dan Jami’ at Tirmidzi dari Abu Hurairoh berkata : Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa membunuh cecak maka pada awal pukulannya baginya ini dan itu satu kebaikan. Barangsiapa yang membunuhnya dalam pukulan kedua maka baginya ini dan itu satu kebaikan yang berbeda dengan yang pertama. Jika dia membunuhnya pada pukulan ketiga maka baginya ini dan itu kebaikan yang berbeda dengan yang kedua.

Ini bererti bukanlah satu kewajiban seseorang itu untuk membunuhnya melainkan sekiranya cicak itu membahayakan persekitaran kita misalnya meracuni makanan kita. *Wallahu' A'lam*

1 comment:

  1. membeli anggak dengan harga tinggi, silahkan kunjungi blog kami di http://geckobuyer.blogspot.com atau http://beli-tokek-dan-antik.blogspot.com untuk informasi lebih lanjut.

    we buy geckos with the best prices, please visit our blog at http://geckobuyer.blogspot.com or http://beli-tokek-dan-antik.blogspot.com for more information.

    ReplyDelete