Sunday, December 5, 2010

kenapa anjing dan babi haram?

Kenapa anjing haram disentuh?

Sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud:, Apabila anjing meminum air atau (menjilat) pada bekas air kepunyaan salah seorang di antara kamu, maka hendaklah bekas air itu dibasuh sebanyak tujuh kali (menyamak) salah satunya dengan tanah. (Riwayat Muslim)

Maksud hadis di atas ialah jika seekor anjing menjilat bekas-bekas air kita, bekas-bekas air itu perlu dibasuh 7 kali dengan salah satunya dengan tanah. Memang kena samak. Air liur kepunyaan anjing mempunyai berbagai-bagai kuman yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Sebab itu Allah SWT berfirman supaya semua tapak-tapak atau bekas-bekas yang terkena air liur anjing perlu dibasuh dan disamak.

Jika air liur anjing pun anda kena samak. Apatah lagi jika anda memegang atau menyentuh anjing? Anjing jika disentuh kulit dan bulunya ketika basah, dikuatiri kita akan dijangkiti penyakit sama seperti air liur anjing.

Hukum yang berkait dengan najis anjing bukan disandarkan pada ayat Al-Quran tetapi disandarkan kepada sunnah Nabawiyah. Kalau anda cari di dalam Al-Quran, tidak akan jumpa dalilnya. Bagi orang Islam sumber syariah selain daripada al-Quran iaitulah Sunnah Nabawiyah, Qias dan Ijma’ Ulama’. Sunnah Nabawiyah adalah semua perbuatan, perkataan dan hal yang didiamkan oleh Rasulullah SAW. Kedudukan sunnah Nabawiyah adalah sama dengan Al-Quran kerana pada hakikatnya adalah wahyu dari Allah swt juga, Hukum yang ditetapkan oleh al-Quran, hadis, Qias dan Ijma’ adalah hukum yang sah dan wajib diterima pakai di sisi syariat Islam.

Begitulah juga di dalam Al-Quran tidak pernah menyebut kewajipan solat sehari semalam sebanyak lima kali dan 17 rakaat. Al-quran juga tidak menyebut berkaitan dengan najis yang dimaafkan, kotoran manusia dan air kencing. Walaupun al-Quran tidak menyebutnya, tetap kita mengatakan ianya bernajis dan tidak boleh dimakan atau minum. Begitulah juga apabila seseorang selesai membuang air kecil atau besar tidak terus menunaikan solat walaupun al-Quran tidak menyebut kenajisannya. Hal ini kerana najis demikian disebut dalam sunnah Nabawiyah.
Dalam memahami syariah Islam, kita diharamkan hanya berdalil pada Al-Quran sahaja tanpa melihat kepada sunnah Nabawiyah. Kufur kepada sunnah Nabawiyah sama seperti kufur kepada Al-Quran. Karena sunnah Nabawiyah itu bersumber dari wahyu Allah SWT juga.
Adapun dalil dari sunnah Nabawiyah yang telah diterima semua ulama tentang najisnya air liur anjing adalah sebagai berikut:
Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda,`Bila seekor anjing minum dari bekas milik kalian, maka cucilah 7 kali.
Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda,`Sucinya bekas kalian yang dimasuki mulut anjing adalah dengan mencucinya 7 kali." Menurut riwayat Ahmad dan Muslim disebutkan salahsatunya dengan tanah."
Maka seluruh ulama sepakat bahawa air liur anjing itu najis, bahkan kedudukan najisnya adalah najis yang berat (mughallazhah), kerana untuk mensucikannya dengan menggunakan tujuh kali air dan salah satunya dengan menggunakan air tanah, sama seperti najis babi.

Bagi Mazhab As-Syafi’iyah dan Al-Hanabilah sepakat mengatakan bahawa bukan hanya air liurnya sahaja yang bernajis, tetapi seluruh tubuh anjing itu hukumnya najis berat, termasuk air peluhnya. Bahkan haiwan lain yang kahwin dengan anjing, akan ikut hukum yang sama juga (iaitu najis yang berat). Pada pandangan Syafi’iyah badan air liur dan mulut anjing adalah najis kerana sumber air liur itu datangnya dari badan. Maka badannya itu juga merupakan sumber kepada najis. Termasuklah air yang keluar dari tubuh badan anjing itu sendiri seperti air kecil, air besar dan peluhnya.

Pendapat tentang najisnya seluruh tubuh anjing ini juga dikuatkan dengan hadis lain seperti: Bahwa Rasululah SAW diundang masuk ke rumah salah seorang kaum dan beliau mendatangi undangan itu. Di waktu lainya, kaum yang lain mengundangnya dan beliau tidak mendatanginya. Ketika ditanyakan kepada beliau apa sebabnya beliau tidak mendatangi undangan yang kedua, beliau bersabda,"Di rumah yang kedua ada anjing sedangkan di rumah yang pertama hanya ada kucing. Dan kucing itu tidaklah najis." (HR Al-Hakim dan Ad-Daruquthuny). Jelas kepada kita hadis ini menunjukkan bahawa kucing itu tidak najis, sedangkan anjing itu adalah najis.

Penyakit apa yang dibawa oleh anjing? Penyakit yang paling terkenal dari bawaan anjing ialah penyakit anjing gila yang disebabkan oleh virus rabies yang boleh didapati melalui air liur anjing. Apabila anda menerima kesan gigitan anjing, virus yang masuk melalui air liur anjing tadi akan menyerap masuk menyerang sistem saraf badan kita. Dengan rosaknya sistem saraf, maka badan anda tidak akan berfungsi dengan sebaik-baiknya, terutama dari segi fungsi neuromotor. Islam tidak mengada-ngadakan hukum kerana anjing sememangnya bahaya dari segi kesihatan. Sebab itu bila anjing disentuh dalam keadaan kulitnya basah, kita wajib membersihkan diri dengan 7 kali basuhan dengan salah satunya ialah menggunakan tanah (samak)

Kenapa babi haram dimakan?

Islam telah melarang segala jenis darah, analisis kimia dari darah babi menunjukkan adanya kandungan yang tinggi dari uric acid (asam urat), suatu adunan kimia yang berbahaya bagi kesIhatan manusia, bersifat racun. Dengan kata lain uric acid sampah dalam darah yang terbentuk akibat metabolisme tubuh yang tidak sempurna yang diakibatkan oleh kandungan purine dalam makanan. Dalam tubuh manusia, senyawa ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan 98% dari uric acid dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal.

Dalam Islam dikenal peraturan khusus dalam penyembelihan haiwan, iaitu menyebut nama Allah Yang Maha Kuasa dan membuat irisan memotong urat nadi leher haiwan, tindakan membiarkan urat-urat dan organ organ lainnya utuh. Dengan cara ini menyebabkan kematian haiwan kerana kehabisan darah dari tubuh, bukannya kerana cedera pada organ asasnya, sebab jika organ-organ misalnya jantung, hati, atau otak dirosak, haiwan tersebut mati dengan segera dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging, mengakibatkan daging haiwan akan tercemar oleh uric acid, sehingga menjadikannya beracun, dan pada masa-masa kinilah para ahli makanan telah menyadari akan perkara ini, subhanallah.

Apakah kita tahu kalau babi tidak dapat disembelih di leher? Kerana babi tidak memiliki leher? Bagi orang muslim beranggapan kalau babi memang boleh dimakan dan layak bagi makanan manusia, tentu Sang Pencipta akan mencipta haiwan ini dengan memiliki leher. Ilmu kedoktoran mengetahui bahawa babi sebagai rerumah dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya.

Allah SWT jelas telah MENGHARAMKANNYA BABI

a. QS. Al Baqoroh (2) : 173
b. QS. Al Maa’idah (5) : 3
c. QS. Al An `Aam (6) : 145
d. QS. An Nahl (16) : 115

Menggunakan babi hukumnya haram, baik atas daging, lemak, maupun bahagian-bahagian lainnya. Firman Allah SWT dalam QS.5:3 mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi. Demikian juga dengan firman-Nya dalam QS.6:145 dan QS.16.115, mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi. Dalil-dalil pada beberapa ayat ini merupakan nash yang jelas, yang menegaskan tentang keharaman, antara lain menggunakan babi.

Al-Qur’an menggunakan kata lahma (daging) kerana sebagian besar pengambilan manfaat dari babi adalah daging. Selain itu, dalam daging babi selalu terdapat lemak. Al-Qur’an menggunakan kata lahma, pengharaman babi bukan hanya dagingnya. Tetapi seluruh tubuh haiwan babi.

Pandangan ini sesuai dengan kaedah ushul fiqh: min dzikri’l-juz I wa iradati’l kulli. Artinya yang disebutkan sebahagian dan dikehendaki seluruhnya. Bahawa daging babi mengandung cacing pita (taenia solium), hampir semua orang sudah mengenalnya. Ternyata tidak hanya itu bahaya yang mengancam pemakan babi. Lemak babi mengandungi kolesterol paling tinggi dibandingkan dengan lemak haiwan lainnya. Darahnya mengandungi asam urat paling tinggi. Asam urat merupakan bahan yang jika terdapat dalam darah dapat menimbulkan berbagai penyakit pada manusia. Sudah menjadi pengetahuan umum bahwa sedikitnya 70 jenis penyakit yang lazim dihidap haiwan babi dan beberapa diantaranya dapat menjankiti manusia yang memakannya.

Hikmah diharamkannya daging babi, terutama mengandungi cacing pita, seringkali disanggah oleh para ahli kesihatan modern. Mereka mengatakan bahawa cacing tersebut mudah dihilangkan bahkan dengan teknik pemasakan yang paling sederhana. Pandangan ini sungguh menyesatkan karana babi itu sendiri menjijikkan bagi orang yang bersih jiwanya. Allah SWT mengharamkan sejak masa silam untuk waktu yang lama agar manusia mengetahui.

Manusia kini baru mengenal sedikit bahayanya, yakni cacing pita, namun demikian jauh sebelum itu Allah SWT telah mengharamkannya. Mungkin sekarang orang menganggap bahwa peralatan masak modern telah mengalami kemajuan, sehingga ada yang menerima kalau daging babi tidak lagi membahayakan dan bukan merupakan sumber ancaman bagi manusia. Dengan teknologi pengolahan makanan dan teknik pemanasan yang canggih, bahaya itu sudah boleh dihilangkan.

Mereka lupa bahawa untuk mengatasi bahaya cacing pita saja telah memakan waktu berabad-abad. Itu hanya untuk mengungkap satu penyakit saja. Siapa yang dapat menjamin bahwa di luar penyakit itu sudah tidak ada lagi bahaya yang terkandung dalam daging babi. Apakah tidak selayaknya syari’at yang jauh lebih mendahului kemajuan pengetahuan manusia puluhan abad yang lalu kita percayai sepenuhnya? Semua keputusan diserahkan pada syari’at. Kita menghalalkan apa yang dibolehkan dan menghindari apa yang dilarang. Syariat ini adalah dari Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui bentuk dan karakteristik segala makhluk-Nya.

Munculnya penyakit Japaneese Enchephalitis (JE) di Malaysia, nyaris semua mata kembali terbuka. Satu lagi bencana mengancam manusia timbul dan bersumber dari babi. Rupanya Allah masih sayang pada manusia, sehingga sekali lagi manusia diingatkan agar menjauhi haiwan haram itu. Sudah banyak sekali bukti-bukti yang menunjukkan keburukan babi. Namun sejauh ini manusia tetap nekad memakannya.




No comments:

Post a Comment